Cari Blog Ini

Isnin, 3 Oktober 2011

Que enggan promosi filem sendiri?

SYED pasti ramai yang sedang menunggu buat tangan terbaru pelakon Que Haidar. Iyalah, sejak berkahwin dengan Linda Jasmin ni, Que memang banyak menyepikan diri. Kalau itu cerita yang Syed dengar dia dah nak bersara daripada dunia lakonan.

Syed malas nak cakap Que bersara sebab perkataan bersara ni macam tak sesuai sahaja untuk orang seni. Ramai yang cakap bersara tapi sampai sudah bersara-sara juga macam sesetengah artis tu.

Tapi bukan cerita bersara yang Syed nak ceritakan kali ini. Cerita pasal filem lakonan Que yang sudah beberapa tahun menjalani penggambaran. Dengar ceritanya akan disiarkan tak lama lagi kepada umum.

Lantas beberapa hari sudah ada peminat yang menghubungi Syed bertanyakan hal tersebut. Kata peminat ni lagi Que ada memberikan kenyataan kepada semua portal hiburan yang dia langsung tak mahu komen tentang filem tersebut.

Peminat-peminat yang membaca ni pelik kenapa Que tak nak komen. Bukankah kebanyakan pelakon memang cukup suka nak komen tentang produk baru yang ada menggunakan khidmat mereka.

Bila Syed risik tentang hal tu pada beberapa orang belakang tabir, memang sah ada perkara yang tak berapa elok yang dah jadi. Mula-

mula mereka macam nak berselindung sesuatu tetapi akhirnya terbuka juga cerita mengenai pelakon pujaan Malaysia yang seorang ni.

Kata sumber yang Syed percaya kredibilitinya, Que dikatakan enggan terlibat dalam sebarang bentuk promosi filem Misteri Jalan Lama kerana tak berpuas hati dalam satu adegan dalam filem tu.

Tak pasti juga adegan apa yang Que tak puas hati tetapi itulah yang menjadi punca menyebabkan Que lebih suka mengunci mulut bila ditanya perihal filem ini.

Kunci tak kunci tak ada masalah pada Syed. Nanti ada masa boleh Syed tanyakan hal ini pada orang kuat Tayangan Unggul memandangkan filem Misteri Jalan Lama ni filem terbitan mereka.

Dalam hal ini Syed tak pasti adakah sebab babak dalam filem itu yang menyebabkan Que berkecil hati atau sebaliknya. Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Lagi pun Syed pasti ramai peminat yang ternanti-nanti filem baru Que.

Syed: Kerja di Jalan Lima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...