Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 9 Mei 2013

Pelakon Popular Winter Sotana Mati Bunuh Diri



 Pelakon dan penyanyi popular dari drama popular Korea Winter Sonata,ditemui mati dipercayai membunuh diri. Park Yong Ha ditemui mati dengan mengantung diri di rumahnya di Seoul.


Badan Polis Metropolitan Seoul berkata kepada The Associated Press bahawa Park adalah dijumpai tergantung dengan kabel elektrik pengecas bateri telefon genggamnya . Namun, polis masih berusaha menentukan punca kematiannya

Park memulakan kariernya pada akhir tahun 1990an dan membintangi drama televisyen 2002 ” Winter Sonata , ” yang turut popular di Jepun dan Asia Tenggara . Dia pernah mengadakan beberapa konsert besar dan salah satu seorang peminatnya setianya adalah bekas wanita pertama Jepun Akie Abe .

read more "Pelakon Popular Winter Sotana Mati Bunuh Diri "

Isnin, 6 Mei 2013

Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang

Gambar - Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang | Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak serta menantu beliau terselamat dalam satu nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi petang tadi.
Gambar - Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikopter yang terbalik ketika hendak mendarat kira-kira jam 3.50 petang.

Kejadian berlaku disebabkan angin kencang, menyebabkan helikopter berkenaan terbalik.

Gambar - Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang | Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak serta menantu beliau terselamat dalam satu nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi petang tadi.

Ketika kejadian berlaku, rombongan Dato Hishamuddin dikatakan dalam perjalanan pulang dari Johor.
read more "Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang"

Ahad, 5 Mei 2013

Penyanyi Black Mentor Kemalangan

Penyanyi Black Mentor Kemalangan - Penyanyi Black Mentor  telah terlibat dalam satu  kemalangan jalan  raya di antara Behrang denagn Slim River pada jam 2 pagi semalam.


Black yang memandu kereta jenis BMW itu bagaimanapun dilaporkan  tidak mengalami sebarang kecederaan berat,namun kereta kesayanganya itu mengalami kerosakan teruk dan hamper tidak boleh digunakan.



Menurut smber,sebelum kemalangan itu berlaku, Black dalam  perjalanan menuju ke Kulim kerana perlu menghadiri persembahan disana.
read more "Penyanyi Black Mentor Kemalangan"

Sabtu, 4 Mei 2013

Kes pelajar cuba bunuh diri dengan tembak kepala yang kini kritikal

Seorang pelajar di sekolah tinggi lelaki Katolik cuba membunuh diri dengan menembak kepalanya ketika menghadiri kelas pertama, semalam. Insiden itu menyebabkannya mengalami cedera parah dan rakan sekelas yang lain bergegas mencari perlindungan. Sekolah Tinggi La Salle di barat Cincinnati itu turut ditutup sehinggalah polis tiba dan mengesahkan tidak ada ancaman kepada pelajar dan kakitangan lain.
 
Media tempatan melaporkan, budak lelaki itu menembak dirinya sendiri di kepala. Jurucakap Pusat Perubatan Universiti Cincinnati berkata, pelajar itu berada dalam keadaan kritikal sehingga petang semalam, enam jam selepas insiden tembakan itu. Menurut Ketua Polis Green Township, Bart West, budak itu menggunakan pistol semi-automatik. Polis sedang menyiasat bagaimana pelajar tersebut mendapat senjata itu dan bagaimana dia boleh membawanya ke sekolah. 
 
"Ketika kejadian, terdapat 22 pelajar di dalam kelas itu dan insiden berlaku hanya beberapa saat dan tiada pelajar lain yang cedera," katanya. West berkata, pelajar itu cuba membunuh diri, tetapi puncanya masih belum diketahui. Pihak sekolah menyifatkan pelajar tersebut sebagai pelajar cemerlang dan tidak memberi ancaman kepada sekolah dan pelajar lain. - AGENSI

read more "Kes pelajar cuba bunuh diri dengan tembak kepala yang kini kritikal"

Jumaat, 3 Mei 2013

Sudah punya 93 anak masih tidak cukup ?

Abu Faisal bersama anak anak ( sumber gambar : blog caca marba )
Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi.
Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.
Abu Faisal berkata, dia melangsungkan perkahwinan pertamanya pada 1969 dan mula menambah isteri selepas itu dengan hasrat untuk memiliki lebih ramai anak.
Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. “Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.
“Saya berhenti berkahwin sejak tujuh tahun lalu dan merancang untuk berkahwin lagi bulan depan. Isteri yang enggan melahirkan anak saya lagi dipaksa ‘bersara.’ Ini bermakna saya menceraikan mereka dan memberikan sebuah rumah untuk mereka,” katanya.
Menurut Abu Faisal, anak bongsunya ketika ini berusia lapan bulan.
“Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak,” katanya.
Dia tidak menjelaskan kewarganegaraan isterinya atau menyatakan sama ada dia ingat nama mereka.
* Sumber myMetro
read more "Sudah punya 93 anak masih tidak cukup ? "

Khamis, 2 Mei 2013

Jumlah Sebenar Harta TG Nik Aziz



Jumlah sebenar harta nilai kekayaan TG Nik Aziz di dakwa mempunyai RM10 Juta. Pendedahan itu dibuat oleh Datuk Ibrahim, calon Bebas dari Parlimen Pasir Mas. TG Nik Aziz juga didakwa mempunyai 27 Lot tanah di sekitar Kota Bharu dimana 14 lot tanah di sekitar Bandar Baru Tunjung manakala isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak mempunyai 13 Lot tanah di sekitar Kota Bharu. 


Dua daripadanya dipajak kepada PETRONAS selama 40 tahun bagi membina stesen minyak PETRONAS di Pulau Melaka.


Ibrahim berkata, dia menjumpai bukti itu apabila sampul surat yang berisi dokumen berkenaan diletakkan di dalam peti surat di rumahnya di Taman Mimi, Pasir Pekan, sebulan lalu. 
read more "Jumlah Sebenar Harta TG Nik Aziz"

Rabu, 1 Mei 2013

Isu Zain Saidin Kurang Ajar Dalam MASTERCHEF SELEBRITI 2!




ZAIN SAIDIN KURANG AJAR DALAM MASTERCHEF SELEBRITI 2 DAN TELAH TERSINGKIR | Pada episod terbaru Masterchef Selebriti 2 semalam, Zain Saidin telah disingkirkan dan kami agak terkejut dengan sikap Zain Saidin yang agak biadap terhadap juri.

Dalam rancangan masterchef pada malam ni, antara calon peserta yang tersingkir adalah Lydiawati dan Zain. Namun, juri sepakat mengumumkan bahawa Zain telah tersingkirkan pada malam ini. Ini adalah tindakan yang bijak kerana sikap Zain semakin melampau dalam program realiti tersebut.

Zain Saidin Kurang Ajar Dalam Masterchef Selebriti Musim 2

Gambar Zain Saidin Diumumkan Peserta Tersingkir



Zain Saidin Mengamuk Dalam Masterchef 
Zain: “Ini semua tak adil” 

Zain ungkit kembali keistimewaan yang diperolehi oleh rakan-rakan lain. 

Lydiawati: ” Saya menangis bukan sebab zain tersingkir, tapi zain tak hormat juri dan agak sedikit biadab”

Zain Saidin Membidas Komen Para Juri atau Chef 
Zain saidin membidas semua komen juri. Zain meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Chef dan baginya para juri bersikap tidak adil dan tidak layak menjadi pengadil. Sangat mengejutkan apabila zain berani membuat pernyataan tersebut. 

Komen Rozita Che Wan 
Pemergian atau penyingkiran Zain membuatkan dia berasa sunyi dan ingin keluar dari Masterchef. 

Debaran Saat Penyingkiran 

Penjelasan Chef Jo Disebalik kontroversi Masterchef 

Jelas Chef Jo atau lebih mesra di panggil Papa Jo oleh peserta, memerhatikan sikap Zain yang hanya merasakan dirinya sahaja betul dan sukar untuk menerima teguran orang lain malah khabarnya juga aktor tersebut bertindak memarahi krew produksi apabila dia diminta untuk menyalin resepi yang dimasak.



Amboi kereknya! 

Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi, beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapur dan minum dan buka sambil digunakan untuk masak. 

Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong dan memberi seribu satu alasan. 

Pada pandangan Chef Jo, Zain Saidin cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini. 

Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.
read more "Isu Zain Saidin Kurang Ajar Dalam MASTERCHEF SELEBRITI 2! "

Selasa, 30 April 2013

Wanita Switzeland Di Perkosa Beramai-Ramai Oleh 8 Lelaki india

Wanita Switzerland diperkosa beramai-ramai 8 lelaki India - Jenayah rogol di India memang sukar dibendung kerana bilangan penduduknya yang terlalu ramai. Semalam, seorang pelancong wanita warga Switzerland telah dirogol secara beramai-ramai di tengah India dalam kes terbaru keganasan seksual terhadap wanita.

Menurut polis, ketika kejadian mangsa sedang berbasikal bersama suaminya di negeri Madhya Pradesh, sebelum didatangi tujuh atau lapan lelaki yang menyerang pasangan itu kelmarin.

Kumpulan penyerang itu dilaporkan merompak pasangan tersebut, sebelum merogol wanita terbabit di hadapan suaminya.

Kes tersebut berlaku selepas seorang pelajar perubatan mati akibat dirogol secara berkumpulan di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember lalu. - Utusan
read more "Wanita Switzeland Di Perkosa Beramai-Ramai Oleh 8 Lelaki india"

Kad pengenalan pelik ditemui!!

ICPelik 

IC pelik dan misteri ditemui. Seorang pemuda tidak ingin namanya didedahkan menemui IC dalam dompet di taman rekreasi di Gelugor Pulau Pinang. IC tersebut seperti IC kita semua bezanya tak bernama dan bergambar.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa, namun terkejut kerana keadaan kad sebegini rupa pun ada. Dalam dompet berkenaan tidak ada duit dan sebagainya, namun hanya kad pengenalan tersebut sahaja yang ditemui,” katanya. – SinarHarian
Dia bertegas mahu menyimpan IC berkenaan sekiranya diperlukan Jabatan Pendaftaran untuk membuat siasatan.
Pada musim pilihanraya, IC sedemikian ditemui dan ia boleh menimbulkan kemusyikalan kepada kita. Kebimbangan kita tetap wujud kerana mungkin boleh disalahgunakan dan mungkin jumlah bukan satu seperti yang ditemui. Persoalannya juga, kenapa IC sedemikian boleh wujud.
Jabatan Pendaftaran Negara, sila tampil membuat penjelasan!!
read more "Kad pengenalan pelik ditemui!!"

Isnin, 6 Februari 2012

'Makkah' ada di Kota London

'Makkah' berada di tengah-tengah kota London. Demikian kira-kira judul laporan harian terkemuka Inggeris the Daily Mail pada hujung minggu lalu.


Laporan tersebut menulis tentang Muslim Inggeris yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di jalanan lantaran bilik masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung mereka.


Dalam artikel bertajuk "The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows", harian itu melaporkan banyak orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat banyak orang berdoa bersama di luar.


'' Hal itu bukanlah pemandangan sehari-hari di Inggeris,'' tulis the Daily Mail.


Dalam bayangan bangunan pencakar langit dan ruang kaca serta baja di Mile Square, beratus-ratus umat Islam berlutut di jalanan melaksanakan Solat Jumaat. Aktiviti selama satu jam di tengah-tengah daerah kewangan London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jamaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.


Para pekerja yang masih memakai sut itu berbaur dengan umat Muslim dari komuniti tempatan Bangladesh. Mereka tumpah sampai ke jalan-jalan di samping Bentley dan daerah perparkiran kereta.


Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid yang terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Banyak juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel. Para pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan pejabat yang menjulang tinggi. Umat ​​Muslim tanpa kasut melakukan Solat Jumaat dan bersujud menghadap ke Mekah.


Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, kira-kira 300 umat Islam yang bekerja di sekitar bangunan muncul berbaur bersama penduduk tempatan yang juga ingin menjalani Solat Jumaat. Alhasil, jamaah solat Jumaat meluber hingga ke jalan.



"Itu tumbuh dan berkembang dalam beberapa tahun terakhir," ujar seorang pekerja yang masih mengenakan jas usai Solat Jumaat. "Banyak orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka melihat banyak orang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat tepat di tengah-tengah Bandar.''


SUMBER  http://detikislam.blogspot.com
read more "'Makkah' ada di Kota London"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...