Cari Blog Ini

Rabu, 28 September 2011

Proton Inspira milik siapa?


PENANTIAN 30 pendengar setia Suria FM bakal terjawab esok apabila Acara Kemuncak Kereta dan Duit Raya Suria FM 2011 akan menyaksikan salah seorang daripada mereka membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Inspira.

Sejak 29 Ogos lalu, pendengar stesen radio itu perlu menunggu pembayang yang akan diberikan oleh penyampai Suria FM untuk mengetahui lokasi Proton Inspira yang telah dibawa 'lari'.

Tiga penyampai segmen Breakfast @ Suria, Halim Othman, Sharifah Shahira dan Zizi yang menggelar trio mereka sebagai Kerinting Three, merupakan gimik kepada peraduan ini yang akan menentukan lokasi sebenar kereta berkenaan.

Setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pendengar dengan jawapan yang tepat, bakal melayakkan mereka menyertai acara kemuncak peraduan yang akan diadakan esok (29 September) di Tropicana City Mall, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Selain peraduan yang mendapat sambutan hangat pendengar, Suria FM turut menganjurkan Konsert Kemuncak Raya Suria FM Bersama myeg yang bakal diadakan pada 1 Oktober ini di Dataran Putrajaya.

Konsert tersebut bakal menghimpun beberapa nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M.Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan dan ramai lagi.

Konsert percuma itu dijangka bermula pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam.




KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK DAN TWEETER



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...