Cari Blog Ini

Selasa, 27 September 2011

Pelayaran mewah Megan, Naqib

ROMBONGAN 8TV bersama media bergambar kenangan
di pelabuhanPulau Pinangsebelum menaiki Superstar
Libra yangmenuju ke Phuket sebelum ke Krabi.
“SEPERTI lepas geram dan seumpama mimpi jadi kenyataan,” ungkap hos 8TV Quickie, Megan Tan Yue Mei mengenai perasaan keterujaan yang menjana dalam dirinya setiap kali dia menjejakkan kaki ke luar negara.

Ini kerana akui Megan, 23, sebelum menjadi hos 8TV Quickie. dia tidak pernah ke luar negara.

Namun, dia cukup bertuah kerana peluang buat dirinya berkunjung ke luar negara terbuka luas menerusi kerjayanya itu.

Buktinya baru-baru ini dia turut menyertai rombongan pelayaran kapal mewah Star Cruises Superstar Libra ke Phuket dan Krabi, Thailand bersama rombongan 8TV bersama seorang lagi hos program itu iaitu Naqib Nadhir Shamsuri, 25.

Kebetulan, kedua-dua Megandan Naqib yang memulakan karier sebagai hos 8TV Quickie pada penghujung 2009 itu tidak pernah ke Phuket dan Krabi mahupun menyertai sebarang pelayaran Star Cruises.

Ujar Megan lagi: “Saya berasa sungguh bertuah kerana karier saya sebagai hos 8TV Quickie membuka peluang untuk ke luar negara sambil bekerja antaranya ke Britain dan Australia.”


MEGAN dan Naqib sempat bergaya
di atas bot selepas turun dari
Superstar Libra sebelum menjejakkan 
kaki ke daratan Krabi.
 Menurut pemilik Sarjana Sains Psikologi dan Komunikasi dari SeGi University College, Subang Jaya, Selangor itu, pengalaman menjadi hos 8TV Quickie membuatkan dirinya kini berkemampuan untuk mengembara sendiri ke luar negara bukan untuk bekerja.

“Kalau awal tahun ini saya bercuti di Singapura, awal bulan depan pula saya akan bercuti selama 10 hari di Melbourne, Australia,” kata Megan yang mengimpikan percutian di Eropah.

Mengenai pengalaman menyertai pelayaran Star Cruises Superstar Libra selama 4 hari tiga malam dari 18 hingga 21 September lalu itu, kata Megan dia sememangnya sentiasa teruja, biarpun pada mulanya berasa agak cuak memikirkan tentang saiz bilik yang bakal dihuni di atas Superstar Libra dan kemungkinan dirinya akan mengalami mabuk laut.

“Namun, saya berasa selesa sepanjang menghuni bilik di Superstar Libra dan paling penting saya tidak mengalami mabuk laut, cuma ada sedikit pening tetapi sekejap sahaja,” akuinya yang bakal muncul menerusi filem arahan Mamat Khalid, Apokalips.

“Biarpun bekerja, saya sangat teruja menyertai pelayaran kapal mewah ini, ia seumpama percutian percuma. 


KREW 8TV Quickie sedang menjalani penggambaran bersama Megan dan Naqib di kolam mandi Superstar Libra yang terletak di dek 9. 

 “Cuma bezanya dengan percutian bukan atas dasar kerja adalah dari segi masa, kerana mengembara sambil bekerja tertakluk kepada rangka masa sedangkan kalau kita bercuti sendiri, kita bebas melakukan apa sahaja tanpa had masa,” jelasnya lagi.

Begitu juga Naqib yang kelihatan cukup teruja dan ceria bersama Megan sepanjang pelayaran di atas Superstar Libra yang terdiri daripada 10 dek dilengkapi lapan buah restoran dan bar, dua buah kolam mandi, dua buah jakuzi, tempat bermain golf, bola keranjang dan trek joging, pusat karaoke, disko, kelab malam dan pawagam itu.

“Sememangnya saya berasa sungguh bertuah terpilih bersama Megan menyertai pelayaran mewah ini,” ujar anak muda yang menyertai duo Dose 2 yang memperjuangkan muzik rap itu.



KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK DAN TWEETER



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...