Cari Blog Ini

Ahad, 25 September 2011

Sah, Norman Hakim Bergelar Suami Kepada Memey Suhaiza



Hanya sekali lafaz tepat jam 5.11 pm, Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimi, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, lewat petang tadi.

Norman Hakim diijabkabulkan oleh imam Mukim Kambau Kota Tinggi, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.

Sejumlah 5 dulang hantaran daripada pihak Norman Hakim berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan berbentuk beg Gucci, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak Memey Suhaiza membalas 7 dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.

Kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya di tempat yang sama.


SUMBER: OHBULAN.COM 





KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK DAN TWEETER



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...