Cari Blog Ini

Ahad, 25 September 2011

Aktress Glee, Dianna Agron Puji Lagu Zee Avi!

Yeah, itu yang ditunggu-tunggu selama ini. Bintang Glee iaitu Dianna Agron, 25, seorang penyanyi, pelakon, pengarah, dan juga produser telah memuji lagu nyanyian Zee Avi di twitter miliknya.

Ini pasti menjadi satu tamparan hebat kepada panel Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) apabila anugerah yang berprestij ini diselubungi kontroversi.

Zee Avi tidak layak dicalonkan kerana albumnya menjalani rakaman di luar Malaysia. Persoalannya, seorang bintang Glee boleh hargai bakat anak seni ini. Kenapa Recording Industry Association of Malaysia (RIM) menganaktirikan bakat Malaysia yang sedia ada?




Seperti yang Aizat Amdan katakan (pencalonan terbanyak AIM 18):

“Tak kisah kalau record di luar ke, di Malaysia ke, as long as itu adalah penyanyi Malaysia. Kalau penyanyi itu tidak tercalon pun, at least kita recognise hasil kerja mereka.”

Zee Avi baru sahaja melancarkan album terbarunya, yang kini boleh dilihat di youtube dimana dia sekumpulan mempersembahkan album terbaru mereka secara langsung.

Tertarik dengan konsep album baru Zee Avi yang lebih matang, album ini memperlihatkan irama yang lebih riang dan gembira. Ahli kumpulan Zee Avi terdiri daripada 3 orang lelaki iaitu Joey Altruda – Bass, Rafael Pereira – Percussion, David Hurwitz – Guitar & Sape.

Kami agak teruja dan bangga apabila melihat lelaki berkulit putih dalam video ini memainkan alat muzik tradisional Sarawak, Sape. Kepada anda yang meminati Norah Jones, sila layan video “Ghostbird” yang berdurasi hampir 20 minit ini selepas ini!


SUMBER:OHBULAN.COM

KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK DAN TWEETER



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...