Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Oktober 2011

Hari bahagia Nabil

Pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad, 28, selamat diijabkabulkan dengan Nazirah Ayub, 23, selepas waktu Asar, petang semalam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Dengan mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000. Nabil dan Nazirah dinikahkan oleh Pegawai Jurunikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Imam Mohd Redza Ahmad, dengan dua kali lafaz, berwalikan bapa Nazirah, Ayub Hassan.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.
Nazirah yang kelihatan ayu mengenakan busana rekaan Wazira Zainal, menerima wang hantaran berjumlah RM15,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki.
Antaranya sirih junjung, kasut, set penjagaan diri dan I-Pad.

Manakala pihak perempuan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran seperti Play Station 3, Playbook BlackBerry dan kek.

Nabil dan Nazirah yang ditemui semasa majlis pernikahan, meluahkan rasa gembira dan syukur kerana hubungan selama enam tahun itu ke jinjang pelamin. Bercerita tentang destinasi bulan madu mereka, pasangan sejoli ini masih belum ada perancangan memandangkan jadual Nabil yang padat sehingga hujung tahun ini.

Bagaimanapun, kedua-duanya sangat berharap dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat.

“Buat masa sekarang kami tidak merancang untuk berbulan madu, lagipun saya terikat dengan tawaran kerja sehingga Disember ini.

“Tetapi kami memang berhasrat untuk menunaikan umrah, harap-harap sampailah hajat kami untuk ke sana nanti, insya-ALLAH,” katanya.

Mengimbas kembali detik percintaan mereka, Nabil berkata, walaupun dia dan Nazirah sudah lama berkenalan namun mereka hanya rapat sejak awal tahun lalu.

“Saya suka dia sebab dia boleh masuk dengan kehidupan saya, lagipun dia seorang yang pandai masak, jadi dia memang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya.

“Jujur saya katakan memilih Nazirah sebagai suri hidup adalah keputusan yang terbaik memandangkan dia bukan dari kalangan selebriti. Saya memang mahukan isteri yang tidak terlibat dengan dunia seni,” katanya yang menganggap perkahwinannya adalah atas dasar keikhlasan bukan menutup kontroversi semata-mata.

Malah, keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dirasakan tepat kerana dia sudah bersedia untuk menjadi ketua keluarga.

Sementara, Nazirah berkata, sepanjang mengenali Nabil dia tidak menyimpan perasaan.

“Setelah beberapa kali keluar bersama, baru ada rasa suka kepadanya. Lagipun dia seorang yang kelakar. Mungkin dah memang jodoh saya dengan dia,” katanya.



KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK DAN TWEETER



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...