Ibarat pelaburan untuk masa depan, aktor Fizo Omar mengambil keputusan untuk menceburkan diri secara serius dalam bidang perniagaan yang berasaskan makanan.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia kini sedang mempergiatkan perusahaan perniagaan serunding dan bakal di pasar di negara luar dengan bantuan geran RM200,000 menerusi Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES 2011).
Selain itu, jejaka berusia 26 tahun ini turut merancang menyambung semula legasi perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ayah dalam mengusahakan perniagaan sarang burung di tanah arwah ayahnya di Kelantan, dan mengkomersialkan makanan dan kuih-muih dari Kelantan.
“Bidang perniagaan dalam keluarga saya memang tidak dapat dipisahkan lagi. Selama 20 tahun, arwah ayah saya menceburi bidang perniagaan kuih tempatan iaitu Bahulu Seri Jawa.
“Saya sudah merancang untuk menyambung semula legasi perniagaan yang ditinggalkan arwah ayah sebaik sahaja menyelesaikan beberapa urusan penting,” katanya yang ditemui selepas majlis pra pelancaran dan sidang akhbar Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES 2011) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Jalan Duta, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain itu, Fizo juga turut memaklumkan dia bakal mengeluarkan buku resepi masakan yang akan diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf menerusi Buku Prima.
Katanya, proses penerbitan buku tersebut sudah siap 90 peratus dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi. Buku resepi tersebut memuatkan resipi dari Malaysia dan Thailand.
“Saya lebih memberi tumpuan terhadap resepi tomyam. Saya juga akan mengetengahkan pelbagai jenis tomyam. Saya akan mengajar bagaimana untuk menyediakan hidangan ala Thai dan masakan Melayu dengan cara lebih ringkas. Kebanyakan resepi saya belajar sendiri daripada saudara mara yang menetap di Thailand.
“Selain itu, saya turut menyelitkan gambar-gambar eksklusif ketika kecil, aktiviti harian saya berserta tips tambahan untuk penjagaan kesihatan dan petua masakan,” katanya yang memasang impian untuk membuka sebuah restoran dan mengusahakan tanah arwah ayahnya yang sebelum ini bagi menternak kambing dan itik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan