Media tempatan melaporkan, budak lelaki itu menembak dirinya sendiri di
kepala.
Jurucakap Pusat Perubatan Universiti Cincinnati berkata, pelajar itu
berada dalam keadaan kritikal sehingga petang semalam, enam jam selepas
insiden tembakan itu.
Menurut Ketua Polis Green Township, Bart West, budak itu menggunakan
pistol semi-automatik.
Polis sedang menyiasat bagaimana pelajar tersebut mendapat senjata itu
dan bagaimana dia boleh membawanya ke sekolah.
"Ketika kejadian, terdapat 22 pelajar di dalam kelas itu dan insiden
berlaku hanya beberapa saat dan tiada pelajar lain yang cedera,"
katanya.
West berkata, pelajar itu cuba membunuh diri, tetapi puncanya masih
belum diketahui.
Pihak sekolah menyifatkan pelajar tersebut sebagai pelajar cemerlang dan
tidak memberi ancaman kepada sekolah dan pelajar lain. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan