Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label TEMPATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEMPATAN. Papar semua catatan

Isnin, 6 Mei 2013

Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang

Gambar - Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang | Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak serta menantu beliau terselamat dalam satu nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi petang tadi.
Gambar - Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikopter yang terbalik ketika hendak mendarat kira-kira jam 3.50 petang.

Kejadian berlaku disebabkan angin kencang, menyebabkan helikopter berkenaan terbalik.

Gambar - Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang | Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak serta menantu beliau terselamat dalam satu nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi petang tadi.

Ketika kejadian berlaku, rombongan Dato Hishamuddin dikatakan dalam perjalanan pulang dari Johor.
read more "Hishamuddin Terselamat, Helikopter Terbalik Angkara Angin Kencang"

Ahad, 5 Mei 2013

Penyanyi Black Mentor Kemalangan

Penyanyi Black Mentor Kemalangan - Penyanyi Black Mentor  telah terlibat dalam satu  kemalangan jalan  raya di antara Behrang denagn Slim River pada jam 2 pagi semalam.


Black yang memandu kereta jenis BMW itu bagaimanapun dilaporkan  tidak mengalami sebarang kecederaan berat,namun kereta kesayanganya itu mengalami kerosakan teruk dan hamper tidak boleh digunakan.



Menurut smber,sebelum kemalangan itu berlaku, Black dalam  perjalanan menuju ke Kulim kerana perlu menghadiri persembahan disana.
read more "Penyanyi Black Mentor Kemalangan"

Jumaat, 30 September 2011

Najwa Latif buang ayah?


Belum pun setahun menempa nama dalam arena muzik tempatan, Najwa Latif dihambat kontroversi apabila gadis berusia 16 tahun ini dikatakan sudah tidak berhubung dengan ayah kandungnya sejak beberapa bulan yang lalu.

Bukan itu sahaja, malah penyanyi Cinta Muka Buku ini, dikatakan telah membuang ayah kandungannya dalam kehidupannya. Perkara ini berlaku berikutan satu krisis keluarga yang berlaku dan Najwa tidak dapat menerima tindakan ayahnya ketika itu.

Krisis ini dikatakan berpunca daripada teguran ayah Najwa terhadap dia dan kakaknya, Syafiqa yang bertindak sebagai pengurusnya. Zass mendapatkan ayah Najwa, Abdul Latif Ismail bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu.

Namun, Abdul Latif seorang guru di Kota tinggi, Johor, ini tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan, tetapi berharap dapat bertemu anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci pada awal Oktober ini.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya bimbang, masyarakat akan berfikir bukan-bukan mengenai keluarga saya dan anak-anak saya. Lagi pula Najwa sedang membina namanya. Apa yang berlaku, saya reda, mungkin ini sudah ditetapkan kepada saya.

"Cuma saya harap sangat dapat bertemu anak-anak saya sebelum ke sana. Saya tidak tahu apa nasib kita nanti. Adakah sihat, sakit atau menemui ajal di sana.

"Saya berdoa dapat berjumpa dengan anak-anak saya, itu sahaja," katanya yang tidak mahu berbicara mengenai masalah yang melanda keluarganya itu.

Najwa ketika ditemui berkata, isu itu terlalu peribadi kerana melibatkan keluarga dan enggan mengulas lanjut.

"Saya minta maaf, ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Saya lebih selesa menutup mulut dan tidak mahu memberi sebarang komen. Jika ada pihak yang mahu bercakap, itu terpulang.

"Tetapi saya lebih selesa berdiam diri dan memberi fokus kepada pelajaran dan kerjaya saya yang baru bermula. Saya tidak mahu campurkan kisah keluarga, pelajaran dan kerjaya," katanya.

Mengakui ibu bapanya sudah empat tahun berpisah, Najwa berharap cerita ini dapat dihentikan dan tidak mengundang apa-apa spekulasi lagi.

Ditanya adakah permintaan ayahnya untuk bertemunya serta adik beradiknya akan terlaksana, Najwa hanya terdiam.

"Seperti yang saya jelaskan, perkara ini terlalu peribadi. Sukar untuk saya katakan ya atau tidak. Cuma apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, hati kami masih belum bersedia," katanya yang ditemani kakaknya Syafiqa.

Sementara itu, wakil syarikat rakamannya NAR Records Azahari yang turut menemani Najwa dengan 'selamba' mencelah perbualan dan mahu cerita ini tidak dikeluarkan. Ditanya mengenai sejauh mana syarikat rakaman mengetahui hal ini, jawabnya:

"Kami memang tahu mengenai masalah keluarganya tapi kami tidak mahu masuk campur dengan masalah mereka dan biar mereka urus sendiri," katanya dengan nada agak keras.

Najwa juga menerima anugerah Bakat Anak Muda Selangor baru-baru ini akan muncul dengan single keduanya Carta Hati.




KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK DAN TWEETER



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA.. 
read more "Najwa Latif buang ayah?"

Artis remaja bantu Kempen Kami Prihatin


KEMPEN Kami Prihatin yang bertujuan membendung gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak banyak memfokuskan kepada golongan remaja dalam usaha membentuk generasi yang lebih penyanyang.

Bagi menjayakan kempen itu, sasaran bukan setakat buat golongan muda, malah para penyanyi remaja juga berganding bahu pada Konsert Kempen Kami Prihatin yang diadakan di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi konsert anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu ramai artis remaja seperti Najwa Latif, Ana Raffali, Bienda, Adam (AF2) dan Sahri (AF1) turut serta menjayakan kempen murni tersebut.

"Sambil berhibur kita jangan leka dengan gejala sosial seperti ini (penderaan dan buang bayi)," ujar Ana Raffali selepas menyanyikan lagu Tolong Ingatkan Aku pada konsert yang ditonton hampir 500 pelajar UM pada malam itu.

Selain itu, Ana yang turut menyanyikan lagu Dan Ku Biarkan Kau Terlepas dan Sehabis Baik sambil bermain gitar secara akustik itu mendapat tepukan gemuruh para penonton yang menunggu-nunggu kemunculannya.

Paling mencuri tumpuan apabila penyanyi remaja Najwa Latif, 16, tampil di atas pentas selepas lagu berjudul Cinta Muka Buku nyanyiannya yang disiarkan menerusi Youtube telah ditonton lebih dua juta penonton baru-baru ini.

"Saya rasa gementar pada malam ini bukan sahaja kerana membantu menjayakan kempen seperti ini yang cukup berat tanggungjawab sosialnya. Malah, saya juga gemuruh untuk menyanyi buat pertama kalinya di UM ini," katanya.

Konsert anjuran Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW) itu turut menyaksikan kebanyakan penonton menyanyi bersama-sama Najwa.

Pada konsert yang turut mendapat kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia dan Astro Awani itu Najwa turut menyanyikan dua lagu berjudul One In A Million dan Carta Hati yang sememangnya popular di kalangan peminatnya.

Persembahan sempena NIEW Ladies Carnival 2011 itu turut dimeriahkan apabila hampir 20 pelajar Universiti Lim Kok Wing bersama Sahri (AF1) menyanyikan lagu tema acara itu Woman of Tomorrow secara beramai-ramai.

Turut memeriahkan lagi acara ialah persembahan teater berjudul Saleh Salehah oleh lima pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Ia sedikit sebanyak membawa mesej dalam usaha menjayakan kempen itu.



KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK DAN TWEETER



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA.. 
read more "Artis remaja bantu Kempen Kami Prihatin"

Rabu, 28 September 2011

Pemuda Pas puji Ahmad Idham

Pertemuan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Nasruddin Hassan bersama penerbit dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, baru-baru ini, menamatkan kontroversi filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan agama.
 

Dalam pertemuan penuh harmoni itu, Nasruddin meluahkan rasa puas hati dan turut memuji sikap profesional Idham.

"Saya suka dengan sikap Idham yang sedia menerima teguran. Dia seorang pengarah profesional dan berfikiran positif.

"Idham juga berjanji untuk tampil dengan elemen positif untuk karya-karya akan datang. Kita tidak boleh menuntut dari pihak lain untuk menurut semua kehendak kita, ia boleh dilakukan secara berperingkat.

 
"Saya juga turut berharap agar isu ini tidak disensasikan lagi kerana ianya telah pun selesai," katanya yang turut berminat untuk menerbitkan filem mereka sendiri pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Nasruddin melahirkan rasa kesal terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dianggap cuai menjalankan tanggungjawab meneliti dan menapis karya tempatan terutamanya yang membabitkan isu keagamaan.

Walaupun Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) berperanan dalam memastikan batasan dalam sesebuah karya, Nasruddin berkata, Jakim adalah satu badan yang turut memainkan peranan penting memantau karya tersebut.

"Tidak perlu menambah atau menubuhkan badan khas kerana badan yang sedia ada mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Mereka hanya perlu berusaha untuk menaik taraf dengan menjaga etika-etika dan norma yang positif.

"Saya berharap agar penggiat seni lain turut mengambil isu ini sebagai iktibar untuk karya yang seterusnya kerana dalam filem Melayu, kita tidak mahu ia diistilahkan dengan isu yang terlalu berat sehingga melahirkan kesukaran.

"Dalam filem Melayu, perlu ada elemen didikan, hiburan dan mengekalkan adat dan budaya sedia ada.

Kerajaan juga perlu turut membantu penggiat seni untuk menghasilkan karya yang bertitik tolak konsep keagamaan," katanya menganggap filem adalah medium berkesan untuk membina corak hidup dan budaya masyarakat.

Sementara itu, Idham turut berpuas hati dengan perbincangan itu. Bagaimanapun pengarah prolifik itu enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana perkara ini telah selesai. Saya tak nak buat orang ramai salah faham dan menjadikan isu ini berlarutan.

"Saya menerima teguran dan pandangan dan saya berbesar hati apabila DPPM berminat untuk mengetahui, menyelami dan mendalami konsep hiburan tempatan. Ia adalah satu perkembangan yang baik," katanya.



KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK DAN TWEETER



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA.. 
read more "Pemuda Pas puji Ahmad Idham"

Proton Inspira milik siapa?


PENANTIAN 30 pendengar setia Suria FM bakal terjawab esok apabila Acara Kemuncak Kereta dan Duit Raya Suria FM 2011 akan menyaksikan salah seorang daripada mereka membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Inspira.

Sejak 29 Ogos lalu, pendengar stesen radio itu perlu menunggu pembayang yang akan diberikan oleh penyampai Suria FM untuk mengetahui lokasi Proton Inspira yang telah dibawa 'lari'.

read more "Proton Inspira milik siapa?"

Lis, Kamal kongsi rasa tuah

PELUANG untuk mengabdikan penghargaan terhadap tokoh seni negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah satu tawaran yang amat berharga untuk dilepaskan.

Apatah lagi, peluang sedemikian amat jarang diperolehi kerana hanya beberapa kerat sahaja antara penggiat seni tanah air yang berusaha untuk memperingati Seniman Negara itu.

Justeru, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. (Suhan Movies), tampil selaku syarikat sulung yang menerbitkan 10 telefilem khas sebagai mengenang jasa walaupun Allahyarham telah meninggal dunia 38 tahun lalu.

read more "Lis, Kamal kongsi rasa tuah"

Ifa Raziah bersaing dengan Shahir AF8


IFA Raziah dan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir adalah dua penyanyi daripada dua era yang berbeza dalam persada seni suara tanah air.

Meskipun Ifa lebih ke arah irama dangdut dan mula mencipta nama pada awal tahun 1990-an, sementara Shahir pula penyanyi pop yang dilahirkan selepas era millenium tetapi pertembungan mereka dalam bidang nyanyian tidak dirancang.

read more "Ifa Raziah bersaing dengan Shahir AF8"

Selasa, 27 September 2011

Gementar Siti dalam teruja

SELEPAS 16 tahun bergelar penyanyi,
impian Siti Nurhaliza untuk memiliki 
album Inggerisnya tercapai.
TEMPOH 16 tahun yang dilalui oleh penyanyi pujaan ramai ini bukanlah satu masa yang singkat sehingga dia berjaya menjadi satu entiti dalam dunia hiburan tanah air.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis selain kejayaan luar biasa semuanya sudah dilakar oleh figura unggul bernama Datuk Siti Nurhaliza ini.

Barangkali rekod pencapaiannya dalam bidang seni sukar sekali untuk ditandingi sehingga gelaran penyanyi nombor satu negara terus menjadi miliknya.

read more "Gementar Siti dalam teruja"

Ahad, 25 September 2011

“Saya Malu Menonton Filem Sendiri” – Shaheizy Sam


Kunjungan OHBULAN! ke pra-tonton filem Bini-Biniku Gangster arahan Ismail “Bob” Hasim mengejutkan kami yang baru pertama kali menonton wayang bersama Shaheizy Sam.

Sekali pandang wajah aktor kacak yang pernah memenangi anugerah Artis Paling Popular 2010, dia kelihatan seperti seorang yang sempoi, mudah beramah mesra dan sempurna. Namun, temubual antara kami dan Shaheizy Sam menjelaskan segala permainan difikiran kami kerana diawal pra-tonton, Sam dilihat keluar sebentar meninggalkan panggung.

read more "“Saya Malu Menonton Filem Sendiri” – Shaheizy Sam"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...