Cari Blog Ini

Isnin, 4 November 2013

Juara Piala Malaysia: PAS Pahang Ucap Tahniah

PAS Pahang mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu
kerana berjaya memenangi Piala Malaysia kali ini.

Bagi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, permainan
malam tadi sangat membanggakan dan menarik.

"Sekalung tahniah kepada jurulatih dan semua pegawai yang telah
bertungkus lumus sehingga membuahkan hasil. Tahniah semua," ujar
beliau menerusi facebook.

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2013 dengan kemenangan tipis 1-0 ke
atas Kelantan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kejayaan pasukan Tok Gajah itu diperolehi hasil jaringan pemain import
dari Argentina, Matias Conti pada minit ke-58.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...