IC
pelik dan misteri ditemui. Seorang pemuda tidak ingin namanya
didedahkan menemui IC dalam dompet di taman rekreasi di Gelugor Pulau
Pinang. IC tersebut seperti IC kita semua bezanya tak bernama dan
bergambar.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa, namun terkejut kerana keadaan kad sebegini rupa pun ada. Dalam dompet berkenaan tidak ada duit dan sebagainya, namun hanya kad pengenalan tersebut sahaja yang ditemui,” katanya. – SinarHarian
Dia bertegas mahu menyimpan IC berkenaan sekiranya diperlukan Jabatan Pendaftaran untuk membuat siasatan.
Pada musim pilihanraya, IC sedemikian ditemui dan ia boleh
menimbulkan kemusyikalan kepada kita. Kebimbangan kita tetap wujud
kerana mungkin boleh disalahgunakan dan mungkin jumlah bukan satu
seperti yang ditemui. Persoalannya juga, kenapa IC sedemikian boleh
wujud.
Jabatan Pendaftaran Negara, sila tampil membuat penjelasan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan