Cari Blog Ini

Ahad, 25 September 2011

Eksklusif : “Saya Tak Berniat Aibkan Fida” – Mamat Sepah.



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kontroversi gambar Fida yang tidak bertudung dan hanya menutup rambutnya menggunakan topi sahaja. Gambar itu dikatakan telah menjatuhkan reputasi Fida dan mencemarkan imejnya sebagai seorang selebriti bertudung kerana disebarkan oleh blogger yang tidak bertanggungjawab sejak kelmarin lagi.

Hasil temubual OHBULAN! bersama Mamat Sepah, kami berjaya mendapatkan penjelasan dan bukti yang kukuh tentang bagaimana gambar itu boleh tersebar di internet.

Kami difahamkan, gambar tersebut tidak sengaja dimasukkan ke laman facebook Mamat Sepah. Kemudahan aplikasi pintar Blackberry menyebabkan Mamat tidak sengaja ter’upload’ gambar yang sepatutnya ditapis terlebih dahulu. Dia berkata, “Ketika saya menangkap gambar Fida, saya memakai spek mata hitam dan umum tahu saya ada masalah rabun. Saya tidak nampak rambut Fida yang terdedah disebabkan spek mata hitam dan masalah mata saya.”

Dalam percutian ini, mereka berdua menaiki kereta yang berbeza dan tidak wujud soal mereka hanya bercuti berdua.

Mamat turut menambah, “Pada waktu itu, kami pergi bercuti bersama, tapi bukan kami sahaja. Fida ada membawa PA dan Manager-nya sekali dan saya turut membawa keluarga saya. Jadi, kami bukanlah pergi bercuti berdua seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.”

Ketika diberitahu samada spekulasi yang mengatakan Fida sudah berani membuka tudung sejak mengenali Mamat adalah benar atau tidak, dengan tegas Mamat menjawab, “Secara jujur, saya tidak pernah lihat rambut Fida. Bagi saya kereta adalah tempat privasi, dan mungkin ketika itu Fida berasa panas dan sedang membetulkan rambutnya semasa saya mengambil gambarnya.”

Mamat yang kelihatan menyesal dengan kejadian ini menjelaskan lagi, “Saya langsung tidak pernah berniat untuk mengaibkan Fida apatah lagi untuk memburukkan orang yang saya sayang. Saya juga berharap agar pihak berkenaan tidak memburukkan kami lagi kerana gusar akan menjejaskan hubungan.”

Mamat turut berkongsi beberapa keping gambar eksklusif bagi membuktikan kehadiran orang lain selain dari mereka berdua ketika bercuti.


SUMBER: OHBULAN.COM 




KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK DAN TWEETER



Share


TERIMA KASIH KERANA KONGSI ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...