SELEPAS tahun 2007 nama Ameer seperti lenyap daripada persada seni suara tempatan apabila namanya tidak lagi menjadi sebutan peminat.
Malah, publisiti Ameer juga tidak lagi menghiasi akhbar atau majalah hiburan setelah dia keluar daripada kumpulan R&B itu empat tahun lalu.
Ramai peminat termasuklah pihak media massa yang tertanya-tanya ke manakah menghilangnya anggota Ruffedge yang kini berusia 33 tahun ini.
Menurut Ameer, selepas keluar daripada kumpulan itu dia banyak menghabiskan masanya mendalami ilmu agama Islam.
“Setelah keluar daripada Ruffedge pada tahun 2007 saya langsung tidak menyanyi selama tiga tahun di mana saya banyak buat hal sendiri.
“Antaranya dengan mendalami ilmu agama Islam di dalam dan luar negara. Sehingga kini pun saya masih berguru dengan beberapa orang ustaz.
“Saya kini berguru dengan Ustaz Habib Ali Zainal Abidin dengan belajar tafsir al-Quran, hadis, feqah dan tasauf setiap hari Jumaat pukul 9 malam.
“Kelas itu diadakan di Surau Al-Hidayah, AU3, Keramat, Kuala Lumpur yang mana ia dibuka kepada umum dan percuma,” katanya kepada S3.
Jelas Ameer, sepanjang tidak bersama Ruffedge dia juga banyak pergi ke luar Kuala Lumpur bagi mendalami lagi ilmu agamanya itu.
Dia yang sempat merakamkan dua album bersama Ruffedge berjudul Extreme Pleasure dan Ruffera pernah belajar hingga ke Yemen.
“Saya pernah mengikuti pengajian agama di Madrasah Darul Mustofa di Yemen dan juga Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Kelantan.
“Kalau ada peluang saya mahu berguru dengan ramai lagi ustaz di mana pada masa sama saya juga menjalankan perniagaan sendiri,” ujarnya.
Tambah Amer atau nama sebenarnya Amer Munawer Yusoff, dia kini berasa lebih tenang dengan kehidupan yang sedang dilaluinya itu.
Baginya, pengalaman menyanyi bersama Ruffedge selama lima tahun hanya akan tinggal kenangan yang sukar untuk dilupakannya.
“Cukuplah lima tahun bersama Ruffedge. Saya sudah berasa puas dengan pengalaman yang pernah saya lalui bersama kumpulan saya itu.
“Sekarang adalah masanya untuk saya beralih arah dan membina jalan hidup yang baru. Matlamat saya sekarang berbeza dengan dulu.
“Dulu mungkin matlamat hidup saya kurang jelas tetapi sekarang ini saya hanya mahu mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat,” jelasnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan