BLUES Gang satu-satunya kumpulan pemuzik blues tempatan yang paling lama ditubuhkan iaitu sejak tahun 1977. Selepas 34 tahun, kumpulan yang ditunjangi oleh penyanyi utamanya, Ito Mohd. itu masih terus bergelumang dalam persada muzik sehinggalah ke hari ini.
Dia tetap seperti dulu.
Malah, tidak dinafikan Ito yang kini berusia 60 tahun merupakan penyanyi blues tanah air yang paling lama bertahan dan terus setia serta percaya dengan kekuatan elemen muzik itu dalam lagu-lagu nyanyiannya. Ternyata muzik blues begitu sebati di hati Ito.
Menurut Ito atau nama sebenarnya Mohd. Arif Kendut, muzik blues tidak pernah lekang daripada sanubarinya kerana ia sesuatu yang begitu mendalam penghayatannya. Blues kata Ito, bukan setakat muzik semata-mata, tetapi ia mempunyai jiwa dan kekuatan tersendiri.
“Kalau saya menyanyi pun, saya akan menyanyi penuh dengan penghayatan hingga saya pejamkan mata. Bagi saya, menyanyikan lagu-lagu blues biarlah penghayatannya dari dalam hati. Barulah, semangat melodi sesebuah lagu dan lirik itu akan terkeluar,” ujarnya kepada S3.
Ito yang kini sedang dalam rangka mempromosikan Konsert 2 Raksasa yang akan dijayakannya bersama Blues Gang dan Sweet Charity di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam ini (1 Oktober) dengan tiket berharga RM73 berkata, dia terus selesa dengan irama blues biarpun semakin berusia.
Malah, bapa kepada Azlin, 33, Baizura, 31, Mohd. Hamim, 29, dan Mohd. Kid Afero, 20, ini menjelaskan, dalam persada muzik blues faktor usia tidak boleh dijadikan batu penghalang, sebaliknya ia boleh menambahkan lagi reputasi seseorang penyanyi dan pemuziknya.
“Muzik blues berbeza dengan genre lain di mana semakin tua pemuzik atau penyanyi blues itu, maka sentuhannya semakin menyengat. Lihat sahaja penyanyi blues seperti Ray Charles atau BB King yang berusia lebih 60 tahun tetapi masih bertenaga menyanyi hingga akhir hayat mereka.
“Apatah lagi, lagu-lagu Blues Gang yang berintipatikan lagu-lagu rakyat tidak pernah luput ditelan zaman. Pada masa sama, kami juga mempopularkan dialek Negeri Sembilan dalam lagu-lagu kami. Itu adalah antara kekuatan dan kejayaan kami selama ini,” katanya.
Blues Gang telah menghasilkan 12 album antaranya berjudul Any Time Any Day, Blues Gang, Ada Lagi, Khatulistiwa, Livin’ It Up, Sakit Sakit Sakit, Zaman Berubah dan Mencari Penyelesaian memang unggul kerana tiada saingan daripada mana-mana kumpulan blues tanah air yang lain.
Bagaimanapun, datuk kepada lima cucu ini sedikit sebanyak turut melahirkan kebimbangannya apabila tidak ramai penyanyi atau pemuzik blues pelapis yang dilihat mampu meneruskan kesinambungan irama itu di negara ini.
Kata Ito, perlu ada generasi pelapis dalam genre itu.
“Saya belum nampak mana-mana penyanyi atau pemuzik yang betul-betul memperjuangkan muzik blues dalam arus perdana industri muzik di sini. Kalau adapun kumpulan rock seperti Wings dan Hattan yang sedikit dipengaruhi muzik blues. Muzik mereka semakin ke arah blues.
“Selain itu, saya perhatikan kumpulan Slank dari Indonesia juga tidak terlepas dengan muzik blues dalam lagu-lagu mereka. Malah, akhir-akhir ini, anak bongsu saya, Mohd. Kid Afero juga sudah mula berjinak-jinak dengan muzik blues di mana dia selalu menyanyi lagu-lagu popular Blues Gang setiap kali ada persembahan di sekolahnya.
“Sewaktu di rumah kami selalu jamming bersama di mana dia bermain gitar dan saya pula menyanyi. Bagi saya, mereka inilah yang akan meneruskan legasi lagu-lagu blues pada masa depan,” jelas anak kelahiran Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka ini dalam nada puas.
Blues Gang yang popular dengan lagu seperti berjudul Apo Nak Di Kato, Ibu, Katakan Pada Ku, Cinta Oh Cinta, Khatulistiwa, Sakit Gigi, Maafkan Diriku, Oh! Mama dan Saya Mahu Kahwin kata Ito, akan terus memperjuangkan lagu-lagu blues biarpun anggota-anggotanya kini berusia lebih 60 tahun.
Malah, Konsert 2 Raksasa yang akan dijayakan Blues Gang malam ini menjadi tanda kumpulan itu masih mampu menarik para peminat dari pelbagai peringkat usia.
“Konsert itu dianjurkan selepas 27 tahun Blues Gang dan Sweet Charity tidak mengadakan konsert bersama. Bukan setakat peminat lama tetapi pendengar baru juga boleh menghayati lagu-lagu kami,” katanya yang akan membawakan 12 lagu popular Blues Gang pada konsert itu.
Ternyata Ito begitu teruja mahu menjayakan konsert itu yang disifatkannya sebagai antara yang terbesar pernah dijayakannya bersama Blues Gang setakat ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan